Parti Konservatif Masih Dihadapan, Politik UK Terus Mendominasi Pergerakan GBP/USD

Parti Konservatif Masih Dihadapan, Politik UK Terus Mendominasi Pergerakan GBP/USD

Pasangan matawang GBP/USD memulih daripada kerugian yang dihadapi pada hari Jumaat yang lalu berikutan para pelabur senang dengan laporan yang menguk

Pasangan matawang GBP/USD memulih daripada kerugian yang dihadapi pada hari Jumaat yang lalu berikutan para pelabur senang dengan laporan yang mengukuhkan kelancaran bagi dasar dan Brexit dimasa hadapan.

Sehingga jam 7.45 malam, GBP/USD didagang sekitar 1.2880, naik 50 pips atau 0.40%

PM Boris Johnson tidak lagi menabur janji-janji yang besar di dalam menifestonya, mengambil iktibar daripada kegagalan parti konservatif di bawah Theresa May untuk meraih majoriti mudah kerana isu ‘dementia tax’.

Tinjauan terkini menunjukkan parti konservatif kekal di hadapan, sekali gus mengembalikan keyakinan pasaran untuk melihat Tori (parti konservatif) mengekalkan majoriti pada pilihan raya yang akan datang.

Berbaki 17 hari sebelum pilihan raya umum dijalankan, kenyataan dan tinjaun-tinjuan baru berkaitan perkembangan politik di UK akan terus memperanguhi pergerakan pound.

Selain politik, kemajuan positif berkaitan isu perdagangan AS dan China turut mendominasi dinamik pergerakan dollar yang mana telah membangkitkan sentimen risk-on dan melemahkan pegangan USD.

China telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan denda yang berat ke atas syarikat-syarikat yang melanggar undang-undang Harta Intelek dan akan bertindak lebih tegas terhadap isu tersebut.

Kecurian harta intelek merupakan salah satu tajuk utama yang telah menganggu kelancaran rundingan antara AS dan China, dan tindakan Beijing tersebut dilihat sebagai usaha yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk segera menyelesaikannya.

Campur tangan AS ke atas isu Hong Kong juga menjadi salah satu faktor yang telah menggugat kemajuan rundingan perjanjian fasa pertama.

Namun Presiden Trump dilihat masih menahan diri daripada menandatangai rang undang-undang baru yang menyatakan sokongan ke atas penunjuk perasaan di Hong Kong, sekali gus mengembalikan keinginan risiko para pelabur.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: