Pasar Borong KL & 16 Pasar Basah Akan Ditutup Setiap Hari Ahad & Isnin

Pasar Borong KL & 16 Pasar Basah Akan Ditutup Setiap Hari Ahad & Isnin

Bermula semalam, Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) akan ditutup setiap hari Ahad, membuka laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi wabak C

Bermula semalam, Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) akan ditutup setiap hari Ahad, membuka laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi wabak Covid-19.

Manakala DBKL dalam kenyataannya hari ini berkata pasar basah yang berada di bawah premis pengawasan mereka akan ditutup setiap hari Isnin untuk tujuan tersebut.

Dalam notis penutupan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, beliau memaklumkan bahawa penjaja dan peniaga pasar yang terlibat dikehendaki mengosong dan membersihkan gerai mereka sebelum kerja pembersihan dijalankan.

“DBKL tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerja pembasmian kuman yang dilakukan. Kerjasama anda sangat dihargai, ” tegas beliau dalam notis yang diterbitkan.

Kerja sanitasi yang dijalankan di pasar adalah merupakan satu insiatif berterusan DBKL bagi mengekal penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, kerja pembersihan dan pembasmian akan dijalankan di 16 buah pasar basah yang terletak di kawasan Parlimen Batu, Titiwangsa, Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Kepong bermula jam 8 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: