Pasaran Asia Tidak Berubah Sementara Menunggu Data Polisi Kewangan FED

Pasaran Asia Tidak Berubah Sementara Menunggu Data Polisi Kewangan FED

Rabu, Pasaran stok Asia tidak berubah walaupun Wall Street sekali lagi mencatatkan perkembangan maksimum. Walau bagaimanapun, pegerakan yang terhad

Rabu,

Pasaran stok Asia tidak berubah walaupun Wall Street sekali lagi mencatatkan perkembangan maksimum. Walau bagaimanapun, pegerakan yang terhad dicatatkan kerana suasana tunggu dan lihat oleh pelabur-pelabur yang menantikan FED untuk mendedahkan polisi kewangannya pada penghujung hari.

Peramal-peramal pasaran menjangkakan indeks FTSE UK akan didagangkan kukuh pada awal pasaran. Bagi DEX Jerman dan CAC Perancis diramalkan memulakan dagangan pada paras 0.1%.

Pedagang-pedagang dilihat lebih berhati-hati di dalam mengatur dagangan mereka sementara menunggu mesyuarat yang bakal belansung setelah Trump sekali lagi meningkatkan tekanan ancaman keatas Korea Utara semalam.

Di samping itu, indeks ekuiti Asia Pasifik MSCI naik 0.05%.

Bagi Jepun Nikkei N225, tidak berubah. Shanghai naik 0.3% dan Hong Kong Hang Seng meningkat sebanyak 0.2%.

Di samping itu, ketiga-tiga indeks saham utama Amerika terus berkembang pada hari Selasa, sehingga mencatatkan  rekod penutupan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: