Pasaran Emas Mencatat Perubahan Kecil Didorong Oleh Jangkaan Fed Menangguhkan Kitaran Pengetatan Dasar Pada Tahun 2019

Pasaran Emas Mencatat Perubahan Kecil Didorong Oleh Jangkaan Fed Menangguhkan Kitaran Pengetatan Dasar Pada Tahun 2019

Harga emas mendatar pada hari Khamis hampir dua sesi berturut-turut walaupun Fed berkemungkinan menghentikan sementara kitaran pengetatan dasar mereka

Harga emas mendatar pada hari Khamis hampir dua sesi berturut-turut walaupun Fed berkemungkinan menghentikan sementara kitaran pengetatan dasar mereka.

Pasaran niaga hadapan emas bagi Disember di Comex NYMEX sehingga jam 6.30 petang hanya bergerak naik 0.07% ke paras $1,228.90 per auns.

Fed dijangka akan meneruskan rate hike pada mesyuarat dasar bulan Disember, namun memberi isyarat akan berlakunya perdebatan hebat sama ada untuk meneruskan rate hike pada 2019 seawal bulan Mac atau akan ditangguhkan lebih lama.

Pengerusi Fed Jerome Powell memberi amaran tentang permintaan global yang semakin perlahan, melemahkan ransangan fiskal di peringkat domestik dan kelembapan ekonomi akibat peningkatan kadar faedah meningkatkan kemungkinan berlakunya penangguhan pengetatan dasar pada tahun hadapan.

Kini hal yang menjadi persoalan dapatkah bank pusat meningkatkan kadar faedah tanpa merisikokan ekonomi daripada kelembapan.

Para pelabur akan mendapatkan lebih banyak maklumat apakah Fed akan mengubah ‘forward guidance’ mereka pada mesyuarat akan datang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: