Pasaran Emas Menutup Tirai 2018 Pada Harga $1,280.00, Peluang Pembelian Masih Terbuka

Pasaran Emas Menutup Tirai 2018 Pada Harga $1,280.00, Peluang Pembelian Masih Terbuka

Pasaran emas gagal menawan semula harga $1,300 pada tahun 2018, walaupun telah bangkit sejak pertengahan bulan Disember lalu, didorong oleh kebimbanga

Pasaran emas gagal menawan semula harga $1,300 pada tahun 2018, walaupun telah bangkit sejak pertengahan bulan Disember lalu, didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap kemelesetan global.

Selain itu penutupan sebahagian agensi kerajaan AS pada minggu lalu turut membantu meneruskan momentum pembelian emas, akan tetapi lonjakan sejak minggu yang lalu masih kurang sekitar $20 daripada mencapai zon psikologi $1,300.

Walau bagaimanapun, masih banyak prospek yang akan membantu pasaran emas untuk bergerak melepasi harga tersebut pada tahun baru 2019.

Emas futures bagi bulan Februari 2019 di Comex NYMEX menutup tirai tahun 2018 dengan harga pada sesi terakhir berada di paras $1,281.30, merekodkan penurunan sebanyak 2% sepanjang tahun lalu.

Pada hari pertama bagi tahun baru, sehingga jam 10.30 pagi, harga emas berjaya mencapai paras tertinggi enam bulan yang lalu.

Pasaran emas telah berundur daripada paras tertinggi selepas saham AS bertindak mengurangkan kerugian tahunan mereka yang terburuk sejak krisis kewangan yang lalu.

Sebahagian pelabur melihat outlook pasaran emas bagi tahun ini dijangka akan mendapat sokongan daripada risiko geopolitik dan kelemahan dollar.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini berada di paras 96.15, susut -0.30%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: