Pasaran Emas Stabil Selepas Mencatat Rekod Peningkatan 3 Minggu Berturut-turut

Pasaran Emas Stabil Selepas Mencatat Rekod Peningkatan 3 Minggu Berturut-turut

Komodoti emas ini merekodkan perubahan kecil pada hari Jumaat yang lepas, namun tetap menutup tirai minggu lalu dengan peningkatan sekitar 0.59%. P

Komodoti emas ini merekodkan perubahan kecil pada hari Jumaat yang lepas, namun tetap menutup tirai minggu lalu dengan peningkatan sekitar 0.59%.

Penutupan tersebut sekali gus mencatatkan rekod peningkatan harga emas selama tiga minggu berturut-turut.

Harga emas sekali lagi merekodkan perubahan kecil pada hari Isnin, didorong oleh tindakan para pelabur yang kini sedang bersiap sedia menerima laporan pertumbuhan ekonomi AS bagi suku tahun ketiga (Q3) yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

Selain itu, keputusan dasar kewangan ECB dan BoC pada minggu ini turut menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini.

Sehingga jam 12.20 pagi, pasaran niaga emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik $1.00 atau 0.08% ke paras $1,224.80 per auns.

Permintaan emas sebagi komoditi safe haven telah disokong oleh kelemahan pasaran saham dan risiko geopolitik yang semakin memuncak.

Fokus pasaran kini beralih kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi menerusi KDNK di AS bagi Q3.

KDNK AS telah mencapai perkembangan paling cepat sejak 4 tahun lalu pada Q3 dan laporan awal menunjukkan ekonomi kembali bergerak lebih perlahan pada Q3.

Selain itu, para pelabur juga akan mendapat data-data terkini sektor perumahan AS (New & Pending Homes Sales) yang telah tertekan dengan peningkatan kos pinjaman sejak Fed menaikkan kadar faedah.

Data pada hari Jumaat lalu menunjukkan jualan rumah subsale (2nd hand) pada bulan September telah jatuh untuk enam bulan berturut-turut, dan mencatat penurunan terbesar dalam tempoh lebih dua tahun yang lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: