Pasaran Emas Terhimpit Dengan Kekuatan Dollar, Harga Merudum 7 Hari Berturut-turut

Pasaran Emas Terhimpit Dengan Kekuatan Dollar, Harga Merudum 7 Hari Berturut-turut

Harga emas pada hari Isnin didagang rendah berikutan dollar melonjak ke paras tertinggi satu tahun setengah yang lalu, menekan permintaan logam berhar

Harga emas pada hari Isnin didagang rendah berikutan dollar melonjak ke paras tertinggi satu tahun setengah yang lalu, menekan permintaan logam berharga emas.

Pasaran niaga emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh $2.30 atau 0.19% ke paras $1,204.10 setakat jam 12.40 tengah malam.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain pula naik 0.60% kepada 97.49 mata, mencatat peningkatan ke paras tertinggi 17 bulan yang lalu.

Dollar bangkit selepas pasaran menilai kesan keputusan ‘midterm election’ pada minggu lalu dan menyambut baik keputusan terkini dasar kewangan Federal Reserve.

Fed dijangka menaikkan kadar faedah pada bulan Disember hadapan dan mengunjurkan tiga kali rate hike pada tahun 2019.

Keyakinan pelabur terhadap rate hike dan hawkish Fed telah memberi tekanan kepada harga emas, sekali gus mengurangkan isyarat positif yang dibentuk pada minggu lalu.

Sentimen walau bagaimanapun masih kuat memandu pasaran kewangan dan fokus kini tertumpu kepada perkembangan Brexit di parlimen UK dan penyerahan draf belanjawan Itali kepada EU pada hari Selasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: