Pasaran Emas Tidak Menunjukkan Bias Pergerakan Yang Jelas, Namun Masih Disokong Oleh Ketidaktentuan Isu Perdagangan AS-China

Pasaran Emas Tidak Menunjukkan Bias Pergerakan Yang Jelas, Namun Masih Disokong Oleh Ketidaktentuan Isu Perdagangan AS-China

Rundingan perjanjian perdagangan AS-China meperlihatkan kemajuan kecil pada hari ini, namun percanggahan laporan pada hari Selasa yang lalu telah men

Rundingan perjanjian perdagangan AS-China meperlihatkan kemajuan kecil pada hari ini, namun percanggahan laporan pada hari Selasa yang lalu telah menambah ketidaktentuan terhadap isu ini menjelang tarikh akhir penambahan tarif AS pada 15 Disember.

Menurut Wall Street Journal, Presiden AS Donald Trump masih belum memutuskan kedudukan sebenar tarif baru yang akan dilaksanakan pada 15 Disember.

Manakala penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow pada hari Selasa berkata Trump berkemungkinan besar akan meneruskan rancangan penambahan tarif ini pada hari Ahad.

Kebimbangan terhadap perkembangan isu perdagangan antara AS-China telah menjadi salah satu faktor utama menyokong peningkatan safe haven emas dengan kontrak emas yang didagang di Comex NYMEX naik 0.25% kepada $1,471.75 per auns setakat jam 6.50 petang.

Namun begitu, bias pergerakan pasaran emas masih tidak jelas dan momentum bullish juga dilihat terhad berikutan para pelabur dalam keadaan berhati-hati dalam menetapkan posisi dagangan yang lebih agresif menjelang keputusan dasar FOMC hari ini.

Fed dijangka mengekalkan kadar faedah pada pertemuan kali ini dan fokus pasaran lebih tertumpu kepada kenyataan dan outlook ekonomi yang bakal dibentangkan pada jam 3 pagi (Khamis).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: