Pasaran Eropah Dibuka Rendah

Pasaran Eropah Dibuka Rendah

Selasa, pasaran Eropah dibuka rendah kerana ketegangan terkini diantara Korea Utara dan Amerika meletakkan tekanan keatas sentimen pasaran dan pedagan

Selasa, pasaran Eropah dibuka rendah kerana ketegangan terkini diantara Korea Utara dan Amerika meletakkan tekanan keatas sentimen pasaran dan pedagang masih cuba untuk memahami kesan-kesan pilihanraya parlimen di Jerman pada Ahad ini.

EURO STOXX 50 rugi 0.12%, DAX Jerman 30 turun,0.16% dan CAC 40 Perancis rugi 0.11%.

Sentimen pasaran bertambah teruk bermula Isnin selepas menteri luar Korea Utara Ri Yong Ho memberitahu bahawa Presiden Amerika Syarikat Donuld Trump telah mencabar dengan mengistiharkan perang ke atas negaranya dan dengan ini Korea Utara mempunyai hak untuk menjatuhkan pesawat Amerika Syarikat meskipun mereka tidak memasuki ruang udara Korea Utara.

Dengan itu, para pedagang menganggarkan Angela Merkel akan menang pada Ahad ini. Bagaimanapun, cansellor itu perlu membentuk pakatan untuk menubuhkan kerajaan baru. Ini kerana parti konservatif  hilang sokongan secara tiba-tiba oleh Alternatif anti-imigresan untuk Jerman (AFD).

FTSE 100 menurun 0.24% di Londin, ditekan oleh WPP, dimana ekuitinya merudum 1.97%.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: