Kerjasama OPEC dan Russia menghadkan pengeluaran sejak awal tahun 2017 telah berjaya menghakis pandangan negatif sebahagian penganlisis terhadap usaha
Kerjasama OPEC dan Russia menghadkan pengeluaran sejak awal tahun 2017 telah berjaya menghakis pandangan negatif sebahagian penganlisis terhadap usaha tersebut yang kini menjadi pemandu utama kepada pasaran minyak.
Berikut merupakan 5 perkara yang akan dikemas kini dalam mesyuarat tiga hari di Vienna bermula pada hari ini.
1) Permintaan Minyak
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran kepada OPEC sekiranya mereka meningkatan pengeluaran, permintaan minyak pada tahun 2019 tidak lagi dilihat mampu menaikkan harga.
Oleh itu isu yang menjadi perdebatan, adakah pengeluaran pada Julai akan dinaikkan atau kekal pada jumlah yang sama.
2) Output Minyak OPEC Jatuh
Menurut kajian Thomson Reuters, jumlah output minyak OPEC pada bulan Mei berada di paras 32 juta tong sehari (bdp), kurang 700,000 bdp daripada sasaran pengeluaran OPEC. Gangguan pengeluaran dan eksport daripada Libya dan Nigeria menjadi salah satu faktor utama.
Namun begitu, Venezuela adalah penyumbang terbesar kepada kenaikan harga dengan output jatuh mendadak daripada 1.94 juta bdp kepada juta 1.36 bdp.
Jika pengeluaran minyak Venezuela jatuh kurang daripada 1 juta bdp, harga dijangka akan terus melonjak pada pertengahan tahun kedua 2018.
3) Had Pengeluaran Minyak Dinaikkan
Arab Saudi dan Russia bercadang untuk menaikkan had pengeluaran yang disepakati secara beransur-ansur bagi menampung kekurangan bekalan daripada Venezuela.
4) Negara Yang Membangkang
Iran menolak cadangan ini berikutan sekatan yang sedang dikenakan oleh AS menyukarkan mereka untuk menjual minyak yang telah dikeluarkan.
Negara Iraq turut menyuarakan padangan yang sama. Iraq salah satu negara OPEC yang dikecualikan daripada had pengeluaran, oleh itu sebahagian penganalisis melihat kelantangan Iraq lebih bersifat konflik kepentingan.
5) Jangkaan pendirian negara yang lain
Pertemuan Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) pada hari ini akan menilai kadar pematuhan dan pengeluaran terkini. Kuwait dan UEA masih berdiam diri, namun dijangka akan menyokong cadangan Arab Saudi.
OPEC dan Russia dijangka akan menaikkan had pengeluaran mereka. Namun jika tiada perjanjian baru dibuat, harga minyak akan melonjak lebih tinggi.
COMMENTS