Pasaran Minyak Berdepan Risiko Pengukuhan Dollar

Pasaran Minyak Berdepan Risiko Pengukuhan Dollar

Pengukuhan greenback pada hari Khamis pada awalnya tidak menghalang peningkatan harga minyak. Peningkatan harga didorong oleh pengumuman Arab Saudi un

Pengukuhan greenback pada hari Khamis pada awalnya tidak menghalang peningkatan harga minyak. Peningkatan harga didorong oleh pengumuman Arab Saudi untuk menaikkan harga jualan minyak mentah rasmi mereka bagi bulan Mei di dalam pasaran Asia.

Walau bagaimanapun, harga minyak kembali jatuh pada pembukaan sesi dagangan hari Jumaat, didorong kemunculan semula konflik perdagangan antara China dan AS selepas Trump mengarahkan Wakil Perdagangan AS untuk mempertimbangkan tarif baru ke atas produk China yang bernilai hampir $100 billion.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI jatuh 0.99% kepada $62.91 per tong pada jam 7.50 petang, manakala minyak Brent pula susut 0.76% kepada $67.81 per tong.

Sentimen pelabur komiditi minyak masih berada di antara peningkatan output minyak shale AS atau sejauh mana perjanjian had pengeluaran minyak OPEC dan Russia berjaya mengurangkan lebihan bekalan global.

EIA melaporkan penyusutan pada bekalan rasmi minyak AS bagi minggu lepas, sebanyak 4.617 juta tong, jauh daripada jangkaan yang meramalkan peningkatan 1.4 juta tong.

Pasaran akan memerhatikan laporan aktiviti galian mingguan yang akan dikeluarkan oleh Baker Hughes pada malam ini. Sebarang penambahan pada jumlah pelantar akan mengakibatkan tekanan kepada harga minyak.

Selain itu, data pekerjaan AS malam ini juga akan memberi kesan langsung kepada pergerakan pasaran minyak. Sekiranya dollar mengukuh, dua komoditi iaitu emas dan minyak dijangka menjunam dan merekodkan penutupan pada harga yang lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: