Pasaran Minyak Kekal Di Atas Landasan ‘Pemulihan’

Pasaran Minyak Kekal Di Atas Landasan ‘Pemulihan’

Harga minyak stabil pada pembukaan pasaran minggu ini setelah mencatat peningkatkan sejak empat minggu lalu. Futures Brent yang menjadi indikator

Harga minyak stabil pada pembukaan pasaran minggu ini setelah mencatat peningkatkan sejak empat minggu lalu.

Futures Brent yang menjadi indikator kepada harga minyak antarabangsa berada sekitar $35.58 setong sementara minyak WTI didagang sekitar $33.93 per tong.

Hubungan AS dengan China, pengguna minyak terbesar dunia semakin tegang apabila Beijing akan mengenakan undang-undang keselamatan ke atas Hong Kong, sekali gus memicu kebimbangan terhadap outlook permintaan minyak.

Selain itu, hubungan antara dua kuasa besar ini juga telah pun memburuk sejak penularan wabak yang lalu terutamanya terhadap isu hak kemanusian, perdagangan dan sokongan AS ke atas Taiwan.

Harga walau bagaimanpaun telah menemui support menerusi pemotongan bekalan minyak global oleh OPEC dan sekutu mereka, OPEC+ yang mana kini secara sukarela telah menahan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari.

Jumlah pelantar AS oleh Baker Hughes yang menjadi petunjuk awal kepada output di masa depan telah jatuh 21 kepada 318 pada minggu lalu.

Ketika mengulas tentang angka tersebut penganalisis daripada Commerzbank mengatakan, “Penurunan pengeluaran minyak global yang tidak diragui lagi menjadi faktor utama mengukuhkan harga minyak”.

Tambahan pula, kembalinya sebahagian aktiviti ekonomi selepas beberapa sekatan akibat penularan wabak koronavirus diangkat turut menjadi punca kepada pemulihan harga minyak pada bulan Mei.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: