Semalam, Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam sidang akhbarnya telah memberikan 'hint' dengan menyatakan yang ahli-ahli OPEC telah hampir untuk men
Semalam, Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam sidang akhbarnya telah memberikan ‘hint’ dengan menyatakan yang ahli-ahli OPEC telah hampir untuk mencapai persetujuan dalam menstabilkan harga pasaran minyak dunia. Spekulasi yang berlegar ketika ini, pengeluar mungkin akan bersetuju kepada had pengeluaran minyak untuk menaikkan semula harga minyak yang telah jatuh di bawah $50 satu tong.
Menjangkakan kata sepakat akan dicapai menjelang akhir bulan September 2016.
Bagi tiga matawang terbesar dunia, USD, EUR dan JPY pula, masing-masing mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung daripada sentimen penstabilan harga minyak akibatnya Dollar index jatuh sebanyak 0.27% seawal pembukaan pasaran pada hari ini. Bagi Euro dan Yen pula, dikhabarkan Bank Pusat kedua-dua negara agak ‘keberatan’ untuk melonggarkan polisi kewangan mereka pada saat-saat FEDS akan mengumumkan masa kenaikan kadar faedah – yang pada pendapat saya akan dilakukan pada bulan disember 2016.
Bank of Japan akan memulakan aksi bagi deretan berita besar pada minggu ini pada hari Rabu. Diikuti oleh FEDS pada awal pagi Khamis dan Ucapan Mario Draghi pada petang hari yang sama.
Pada pendapat saya, BOJ tidak akan melakukan sebarang perubahan pada polisi mereka dan Draghi juga akan mengekalkan polisi Euro Zone jika tiada kenaikan kadar faedah dilakukan oleh FEDS.
Berikut adalah pendapat peribadi saya; BULL untuk JPY dan EUR manakala BEAR untuk USD.
COMMENTS