Pasaran Minyak Kukuh, OPEC Optimis Dengan Permintaan Global

Pasaran Minyak Kukuh, OPEC Optimis Dengan Permintaan Global

Organsasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang terdiri daripada 14 negara, mengeluarkan laporan bulanan mereka pada hari ini dengan jangkaan permi

Organsasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang terdiri daripada 14 negara, mengeluarkan laporan bulanan mereka pada hari ini dengan jangkaan permintaan minyak mereka akan meningkat pada tahun 2018.

OPEC turut mengatakan usaha mereka menghadkan pengeluaran minyak bersama pengeluar utama lain termasuk Rusia telah berjaya mengurangkan lebihan bekalan global dan pasaran kini sedang menuju ke arah keseimbangan.

Dalam laporan bulanan, OPEC menjangkakan permintaan minyak mereka akan meningkat hampir 33.06 juta tong sehari (bdp) tahun depan, lebih 230,000 bdp berbading unjuran pada bulan yang lalu.

Organisasi ini turut menyebut pengeluaran minyak mereka pada bulan September yang dinilai oleh sumber yang berbeza, menunjukkan penyusutan pada permintaan walaupun pengeluaran sedikit meningkat.

Dengan pasaran sedang beralih ke musim sejuk, bekalan minyak suling semakin berkurang, menunjukkan perubahan pada lebihan bekalan yang wujud sejak dua tahun lalu

Minyak yang dikeluarkan OPEC pada bulan September berjumlah 32.75 juta tong sehari, naik 89,000 tong sehari daripada bulan Ogos.

Kesimpulan

Para pelabur semakin optimis dengan pengimbangan semula pasaran minyak, disokong oleh usaha berterusan OPEC dan fundemental yang lain. Selain itu paras teknikal turut menyokong kenaikan apabila minyak WTI kekal di atas $50, dan perbezaan harga antara WTI dan Brent semakin kecil. Oleh itu anda boleh meneliti dan membeli minyak pada setiap pembetulan harga.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: