Pasaran Minyak Mentah Kekal Merah Dengan Isu Permintaan & Lebihan Bekalan

Pasaran Minyak Mentah Kekal Merah Dengan Isu Permintaan & Lebihan Bekalan

Harga minyak mentah yang merekodkan kerugian pada minggu lalu dilihat masih sukar untuk keluar dari tekanan bearish pada hari pertama dagangan minggu

Harga minyak mentah yang merekodkan kerugian pada minggu lalu dilihat masih sukar untuk keluar dari tekanan bearish pada hari pertama dagangan minggu ini.

Setakat jam 7.15 petang, futures WTI kini didagang sekitar $39.98 per barel, susut 30 sen atau 0.74 peratus.

Gabungan kebimbangan terhadap pemulihan permintaan minyak global yang tidak menentu serta potensi peningkatan output minyak mentah terus menjadi penghalang kepada peningkatan harga.

Peningkatan angka jangkitan virus baru diseluruh dunia yang telah disahkan terutamanya di negera-negara Eropah termasuk UK mengisyaratkan risiko permintaan minyak yang lemah pada pertengahan tahun kedua 2020.

Tambahan pula, suasana di atas menimbulkan kebimbangan ke atas isu lebihan bekalan minyak mentah apabila OPEC dan OPEC+ bersepakat menurunkan pemotongan output dari 9.7 juta tong sehari (bpd) kepada 7.7 bpd bermula bulan Ogos sehingga Disember.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada data ISM PMI Pembuatan AS bagi mencari dorongan baru. Jika ankga yang diterbitkan lebih rendah daripada jangkaan dan menunjukkan pengucupan pada sektor pembuatan, WTI berpotensi meneruskan kejatuhan harian pada sesi pasaran AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: