Pasaran Minyak Menuju Kemerosotan Harga Mingguan Yang Pertama

Pasaran Minyak Menuju Kemerosotan Harga Mingguan Yang Pertama

Harga minyak jatuh mendadak pada hari Rabu yang lalu berikutan melemahnya ancaman perang di Timur Tengah sementara tumpuan pelabur beralih kepada pen

Harga minyak jatuh mendadak pada hari Rabu yang lalu berikutan melemahnya ancaman perang di Timur Tengah sementara tumpuan pelabur beralih kepada peningkatan bekalan dan pengeluaran minyak di AS.

Perkembangan sektor minyak di Amerika Syarikat kembali mencuri tumpuan selepas EIA melaporkan peningkatan bekalan mingguan yang terbesar dalam tempoh empat minggu.

Kontrak minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa sehingga jam 6.40 petang telah jatuh ke paras $65.28 per tong, menuju kejatuhan mingguan yang pertama dalam tempoh enam minggu.

Pasaran WTI juga mencatat pergerakan yang sama, jatuh ke paras $59.38 setong dan telah susut hampir 6% daripada penutupan harga hari Jumaat minggu yang lalu.

Kedudukan harga minyak kini telah berada di bawah paras sebelum drone AS membunuh ketua jeneral Iran pada 3 Januari dan Iran membalas dengan menyerang pangkalan udara AS di Iraq.

Namun begitu, tanpa reaksi lanjutan daripada kedua-dua negara, risiko berlakunya gangguan bekalan minyak di kawasan Iraq turut melemah, sekali gus menjadikan isu lebihan bekalan akibat pengeluaran minyak AS sebagai tumpuan utama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: