Pasaran Minyak Menuju Kerugian 7 Minggu Berturut-turut, Prospek Lebihan Bekalan Terus Menekan Sentimen

Pasaran Minyak Menuju Kerugian 7 Minggu Berturut-turut, Prospek Lebihan Bekalan Terus Menekan Sentimen

Harga minyak semakin rendah selepas EIA melaporkan pada hari Khamis lalu peningkatan 4.9 juta tong bekalan minyak AS pada minggu lepas. Lonjakan te

Harga minyak semakin rendah selepas EIA melaporkan pada hari Khamis lalu peningkatan 4.9 juta tong bekalan minyak AS pada minggu lepas.

Lonjakan tersebut turut menjadikan jumlah bekalan minyak mentah AS berada di paras tertinggi sejak Disember 2017, sekitar 446.91 juta tong.

Selain itu, pengeluaran minyak mentah juga kekal di rekod tertinggi 11.7 juta tong sehari (bdp).

Cubaan pasaran minyak untuk keluar daripada paras terendah tahunan menjelang sambutan Thanksgiving menemui kegagalan apabila harga WTI susut -1.15% kepada $54.00 per tong.

Minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa pula susut -1.48% kepada $62.54 per tong.

Sebahagian penganalisis melihat pemulihan yang berlaku pada hari Rabu lalu dibantu oleh kejatuhan dollar dan mungkin turut disokong oleh hasil eksport minyak Iran yang rendah.

Eksport Iran telah jatuh beberapa ratus ribu tong sehari pada bulan November, menunjukkan ‘sekatan’ dikenakan oleh AS telah membimbangkan kebanyakkan pelabur.

Persoalan kini adalah keputusan yang akan dibuat oleh OPEC dan Russia pada bulan Disember, apakah mereka akan terus menghadkan pengeluaran dan berapakah jumlah pemotongan yang akan dibuat jika hal ini disepakati.

OPEC bimbang dengan kemunculan prospek untuk berlakunya semula lebihan bekalan namun Amerika pula menekan Arab Saudi supaya tidak memotong pengeluaran mereka untuk menaikkan harga minyak.

Trump menerusi Twitter berterima kasih kepada Arab Saudi dan memuji harga minyak yang rendah dengan menyifatkan ia sebagai pemotongan cukai kepada Amerika dan dunia.

Bagi mengelakkan daripada berlakunya lebihan bekalan, OPEC sedang mempertimbangkan untuk memotong pengeluaran mereka pada mesyuarat 6 Disember hadapan walaupun Iran dijangka tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: