Pasaran Minyak Tarik Nafas Lega,  OPEC+ Setuju Tambah Pengeluaran Mulai Ogos

Pasaran Minyak Tarik Nafas Lega, OPEC+ Setuju Tambah Pengeluaran Mulai Ogos

Harga minyak merosot 1% pada hari Isnin selepas anggota kementerian OPEC+ berjaya menyelesaikan konflik dalaman dan bersetuju untuk meningkatkan peng

Harga minyak merosot 1% pada hari Isnin selepas anggota kementerian OPEC+ berjaya menyelesaikan konflik dalaman dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bermula Ogos.

Keputusan itu dibuat untuk meredakan tekanan harga minyak yang telah naik ke paras tertinggi dua tahun setengah lalu berikutan pemulihan ekonomi global daripada pandemik.

Setakat jam 12 tengahhari, kontrak minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa susut 1.16% kepada $72.74 setong sementara minyak WTI pula didagang sekitar $70.70, jatuh 1.20%

Berdasarkan perjanjian yang dicapai pada semalam, anggota OPEC+ termasuk Rusia akan menambah 400,000 pengeluaran tong sehari setiap bulan dari Ogos 2021 sehingga kesemua output yang dihentikan akibat COVID-19 dapat dihidupkan semula.

Perjanjian itu juga memberi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Kuwait dan Rusia satu aras yang lebih tinggi berbanding tahap pemotongan output mereka yang diukur mulai Mei 2022.

Para pemain pasaran juga dapat menarif nafas lega apabila menyaksikan konflik antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menamatkan pertemuan lalu tanpa perjanjian telah berakhir.

“Perjanjian ini akan memberikan para pemain pasaran kelegaan bahawa kumpulan itu bukanlah menuju perpecahan yang tidak teratur dan tidak akan membuka seluas-luasnya gerbang pengeluaran dalam masa yang terdekat,” kata RBC Capital Market dalam notanya.

Pasaran juga dapat mengelak daripada terjadinya perang harga sebagaimana yang berlaku kepada Arab Saudi dan Rusia sehingga menghambat harga minyak memasuki angka negatif pada April 2020.

Melihat kepada perkembangan bekalan, perhatian pelabur juga tertumpu kepada eksport minyak mentah pertama Iran dari luar Teluk Parsi dan luar Selat Hormuz.

Sementara itu, kes Covid-19 yang melibatkan varian Delta terus meningkat dan mengaburi unjuran permintaan bahan bakar berikutan sekatan aktiviti ekonomi yang dikenakan sebahagian negara seperti Australia dan Korea Selatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: