Pasaran Minyak Tenggelam 12 Sesi Berturut-turut, Mencari Katalis Baru Bagi Memulihkan Harga.

Pasaran Minyak Tenggelam 12 Sesi Berturut-turut, Mencari Katalis Baru Bagi Memulihkan Harga.

Pasaran minyak kini sedang mencari sokongan selepas mengalami peratusan kerugian harian terbesar dalam tempoh tiga tahun yang lalu pada sesi dagangan

Pasaran minyak kini sedang mencari sokongan selepas mengalami peratusan kerugian harian terbesar dalam tempoh tiga tahun yang lalu pada sesi dagangan Amerika hari Selasa.

Penurunan harga yang lebih besar didorong oleh jangkaan output minyak mentah AS oleh EIA akan mencapai 7.94 juta tong sehari (bdp) pada bulan Disember.

Selain itu, kebimbangan terhadap pengucupan ekonomi global turut memberi tekanan ke atas permintaan minyak.

Walau bagaimanapun, pada hari Rabu, laporan yang mengatakan bahawa OPEC dan Russia kini sedang berbincang untuk menghadkan pengeluaran minyak mereka sebanyak 1.4 juta (bdp) pada tahun 2019 memberi ruang kepada pasaran untuk bernafas.

Harga minyak WTI naik 93 sen kepada $56.59 per tong setakat jam 10.30 malam, jatuh 7% pada hari Selasa dan kerugian lebih $20 daripada harga tertinggi $76.90 yang dicatat pada 3 Oktober lalu.

Minyak Brent yang menjadi indikator harga minyak antarabangsa naik $1.32 ke paras $66.79 per tong, turut mencatat kerugian yang hampir sama dengan WTI.

Kehilangan hampir suku nilai daripada paras tertinggi bulan Oktober merekodkan penurunan terburuk sejak harga runtuh pada tahun 2014.

Tekanan bearish walau bagaimanpaun dilihat masih menguasai para pelabur bimbang dengan lebihan bekalan tiada tanda untuk menyusut dan permintaan yang semakin lemah

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: