Pasaran Minyak Terlepas Daripada Cengkaman ‘Black Christmas’, Apakah Momentum Pembelian Ini Dapat Diteruskan?

Pasaran Minyak Terlepas Daripada Cengkaman ‘Black Christmas’, Apakah Momentum Pembelian Ini Dapat Diteruskan?

Selepas jatuh ke dasar terendah tahun 2017, pasaran minyak akhirnya bertukar arah, mencatat rekod peningkatan harian terbesar buat kali pertama dalam

Selepas jatuh ke dasar terendah tahun 2017, pasaran minyak akhirnya bertukar arah, mencatat rekod peningkatan harian terbesar buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Kedua-dua harga minyak WTI dan Brent melonjak lebih 9 peratus, merekodkan peningkatan harian terbesar sejak 30 November 2016 dimana OPEC mula mengumumkan pemotongan pengeluaran minyak mereka.

Walaubagaimanapun, masih belum jelas apakah momentum pembelian ini akan diteruskan setelah kesemua pemain pasaran kembali menguruskan pelaburan mereka pada permulaan tahun 2019.

Penutupan sebahagian kerajaan AS dengan berlatar belakangkan pertelingkahan antara Trump dan Fed telah meningkatkan kebimbangan para pelabur terhadap keupayaan AS menyelesaikan isu domestik dan konflik perdagangan mereka bersama China

Selain itu, pasaran juga bimbang dengan status permintaan yang semakin lemah akibat kejatuhan outlook pertumbuhan di peringkat global.

WTI pada hari Rabu lalu didagang sekitar paras $46.61 per tong, naik $4 atau 9.6%. Sementara minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa naik $5.20 atau 9.43% kepada $55.23 per tong, keluar daripada rekod terendah bulan Julai 2017 ($49.93) yang dicatat pada hari Isnin yang lepas.

Penjualan mendadak sebelum perayaan Krismas dilihat kurang mendapat panduan daripada sudut fundamental, namun lebih didorong oleh kejatuhan pasaran kewangan serta volatiliti pergerakan pasaran ekuiti yang semakin meningkat.

Ahli ekonomi melihat outlook minyak tidak selemah tahun 2016 kerana OPEC telah bertindak lebih cepat mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengimbangi pasaran.

OPEC dan sekutu mereka termasuk Rusia telah mengumumkan pemotongan pengeluaran minyak berjumlah 1.2 juta tong sehari bagi tahun 2019, mengenepikan keputusan untuk menambahkan hasil output yang telah dikeluarkan pada bulan Jun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: