dollar-usd-15-e1524743867502

Pasaran Pekerjaan AS Berdaya Tahan, Dolar AS Kekal Bullish Menjelang NFP

Dolar AS kekal menghampiri paras tertinggi hampir satu bulan hari ini, selepas data ekonomi AS menunjukkan pasaran buruh masih ketat dan berpotensi mengekalkan Fed pada laluan kenaikan kadar yang agresif.

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran telah turun ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan minggu lalu.

Sementara itu, data juga menunjukkan pemberhentian pekerja jatuh 43 peratus pada Disember.

Laporan berasingan mendedahkan bahawa pekerjaan swasta meningkat sebanyak 235,000 pekerjaan bulan lepas, jauh melebihi jangkaan untuk peningkatan 150,000.

“Semua anekdot mengenai kehilangan pekerjaan daripada sektor teknologi masih belum dapat dilihat dalam data pekerjaan keseluruhan, ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kelemahan dalam beberapa isu…masih terdapat permintaan yang kuat untuk pekerja dari bahagian ekonomi yang lain,” kata Khoon Goh, ketua penyelidikan Asia di ANZ.

Perhatian pasaran kini beralih kepada laporan NFP yang akan dikeluarkan malam ini, dengan tinjuan Reuters meramalkan ekonomi AS akan menambah 200,000 pekerjaan pada bulan Disember.

“Kami mungkin akan mendapat kejutan yang lebih tinggi,” kata Goh. “Ini akan menyebabkan Fed kekal dengan pendirian untuk terus menaikkan kadar.”

Setakat jam 7.20 petang, indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang lain melonjak 0.9 peratus semalam sebelum menambah 0.4 peratus pada hari ini kepada 105.44 mata.

Menjelang NFP, dolar berada di landasan untuk mencatat keuntungan mingguan menghampiri dua pratus, angka peningkatan terbesar sejak September tahun lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *