Pasaran Saham & Komoditi Semakin Merosot, Mood Risk-off Terus Mengelabui Sentimen

Pasaran Saham & Komoditi Semakin Merosot, Mood Risk-off Terus Mengelabui Sentimen

Sentimen risk off semakin hangat pada hari Isnin dengan laporan yang mengatakan bahawa Beijing akan menghentikan sementara daripada mengimport produk

Sentimen risk off semakin hangat pada hari Isnin dengan laporan yang mengatakan bahawa Beijing akan menghentikan sementara daripada mengimport produk pertanian AS.

Keadaan ini mengakibatkan kemerosotan berterusan pasaran komoditi dan saham global dengan saham Eropah jatuh hampir 2% sementara pasaran futures AS menunjukkan penurunan lebih 1% menjelang pembukaan malam ini.

Sahm Asia pula jatuh ke paras terendah enam bulan yang lalu dengan indeks Hang Seng mendahului kerugian berikutan protes yang telah memasuki minggu kesembilan.

Ancaman tarif baru Trump ke atas barangan China telah menghambat jatuh 3.1% saham S&P 500 pada hari Jumaat yang lalu, tutup dengan prestasi mingguan terburuk pada tahun ini manakala Dow pula mencatat kejatuhan kedua terbesar sekitar 2.6%

Perubahan mendadak sentimen sejak hari Khamis yang lalu telah meningkatkan permintaan aset-aset safe haven seperti emas, yen dan swiss franc.

Namun begitu, greenback tidak menjadi pilihan berikutan meningkatnya potensi untuk Fed mengumumkan rate cut kali kedua pada bulan September hadapan dan perkara ini dapat dilihat menerusi penyusutan hasil bon 10-tahun AS ke paras terendah tiga tahun lalu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sehingga jam 7.10 petang didagang sekitar 97.70, susut 0.38% manakala USD/JPY jatuh 0.51% kepada 106.03

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: