Pasaran Stabil, EUR Catat Prestasi Terburuk Sementara GBP Terus Mengukuh

Pasaran Stabil, EUR Catat Prestasi Terburuk Sementara GBP Terus Mengukuh

Pasaran stabil pada hari Selasa lalu dengan USD sedikit merosot, namun kekal berhampiran paras tertinggi mingguan berbanding kesemua matawang utama y

Pasaran stabil pada hari Selasa lalu dengan USD sedikit merosot, namun kekal berhampiran paras tertinggi mingguan berbanding kesemua matawang utama yang lain.

EUR mencatat prestasi terburuk, didorong oleh kelemahan data Jerman, sementara permintaan GBP melonjak, dipandu oleh angka pekerjaan UK.

Kerancakan pasca pilihan raya AS kelihatan semakin lemah apabila Trump menyuarakan keyakinan bahawa beliau akan kekal di White House setelah mengambil tindakan undang-undang di beberapa buah negeri.

Agensi-agensi berita melaporkan bahawa pasukan Biden juga sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana penolakan pejabat persekutuan untuk mengakui keputusan pilihan raya dan memberikan akses penuh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.

Selain itu, kegembiraan terhadap isu vaksin koronavirus juga semakin pudar berikutan hampir 500 ribu kes jangkitan baru dilaporkan setiap hari diseluruh dunia, dengan satu perlima daripadanya adalah dari Amerika Syarikat.

Angka di Eropah juga membimbangkan, bukan sahaja disebabkan oleh jangkitan yang terus meningkat, tetapi juga disebabkan oleh jumlah kematian di Itali, Sepanyol dan UK yang telah melebihi paras yang pernah direkodkan di awal penularan wabak lalu.

Sementara itu, hasil ujian vaksin SINVOVAC China di Brazil pula terpaksa dihentikan selepas kematian satu perserta ujian klinikal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: