Pasca PMI Perkhidmatan UK, Dapatkah GBP/USD Kekal Di Atas $1.300 ?

Pasca PMI Perkhidmatan UK, Dapatkah GBP/USD Kekal Di Atas $1.300 ?

Pasangan matawang GBP/USD kekal positif dan masih mengumpul kekuatan untuk menolak harga melepasi paras psikologi 1.30 pasca data PMI UK. Pound pad

Pasangan matawang GBP/USD kekal positif dan masih mengumpul kekuatan untuk menolak harga melepasi paras psikologi 1.30 pasca data PMI UK.

Pound pada hari Selasa lalu berjaya keluar daripada paras terendah 3 minggu lepas berbanding greenback, namun peningkatan terhad apabila data akhir PMI Perkhidmatan UK bulan September yang diterbitkan hari ini lebih rendah daripada jangkaan.

Bacaan indeks PMI naik 53.9 mata, lebih rendah daripada jangkaan yang melihat peningkatan sekitar 54.0 mata

Namun begitu, penjualan dollar walaupun dengan peningkatan hasil bon AS memberi sokongan kepada peningkatan GBP/USD di awal sesi dagangan Eropah hari Rabu.

Sementara itu, para pelabur masih teragak-agak untuk meletakkan posisi dagangan yang lebih agresif dan lebih memilih untuk menunggu sebarang maklumat baru tentang Brexit daripada ucapan PM May di dalam Persidangan Tahunan Parti Konservatif pada hari ini.

Selain itu, para pelabur juga menantikan laporan ADP NFP dan juga bacaan indeks PMI ISM Perkhidmatan yang akan diterbitkan pada jam 8.15 dan 9.45 malam bagi mencari peluang dagangan jangka masa pendek.

Support terhampir berada sekitar 1.2975 (S1), kemudian di paras 1.2940 (S2).

Resistance pula berada pada harga 1.3035 (R1) dan jika ditembusi berpotensi menolak harga menguji paras 1.3100 (R2).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: