Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini mengekalkan kadar faedah mereka (OPR) pada paras 3.25% dengan unjuran ekonomi Malaysia akan kekal utuh. Perke
Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini mengekalkan kadar faedah mereka (OPR) pada paras 3.25% dengan unjuran ekonomi Malaysia akan kekal utuh. Perkembangan yang positif dijangka terus dikekalkan dipacu oleh kekuatan permintaan domestik dan antarabangsa.
Pengumuman BNM ini hadir seperti yang dijadualkan dan setelah berakhirnya Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 14 semalam. Sebelum ini, rata-rata penganalisa menjangkakan BNM tidak akan menaikkan kadar faedah dan mahu melihat ke mana arah ekonomi Malaysia bergerak sebelum mengambil keputusan seterusnya.
Inflasi dijangka akan terus berada dalam keadaan sederhana. Kekuatan Ringgit berbanding tahun 2017 dilihat dapat membendung kenaikan harga import. Namun begitu, pergerakan inflasi akan terus bergantung kepada keadaan pasaran harga minyak dunia yang tidak menentu.
Perkembangan semasa PRU14 akan memberi sedikit impak kepada Ringgit dan sektor pasaran kewangan ditambah dengan ketidaktentuan luaran terutamanya dari AS dan China. Namun pandangan pasaran domestik dan asas ekonomi Malaysia dilihat masih positif dan kukuh.
Ringgit kekal di paras sekitar 3.94800 sementara Malaysia menanti penubuhan kerajaan yang baharu. Tun Dr. Mahathir dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada 9.30 malam ini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
Awal minggu ini pasangan USD/MYR telah berjaya memecahkan paras ‘resistance’ terdekat di 3.94500. USD/MYR dijangkakan akan terus mengukuh ke paras 4.10000 setelah sebelum ini gagal untuk mencari paras ‘support’ di 3.83800. Peralihan tampuk kepimpinan sesebuah negara sering kali memperlihatkan pelemahan matawang negara tersebut buat sementara waktu sebelum keyakinan pelabur kembali pulih.
COMMENTS