elon-musk-twitter-2

Pasukan Elon Musk Cari Pelabur Baharu Untuk Twitter

Pengarah urusan Twitter milik Elon Musk sedang mencari pelabur ekuiti baharu, lapor platform berita Semafor semalam, memetik dua orang yang biasa dengan usaha kutipan dana itu.

Pengurus wang Musk, Jared Birchall telah menghubungi pelabur-pelabur berpotensi pada minggu lalu dan menawarkan saham Twitter pada harga yang sama, AS$54.20, nilai yang telah dibayar oleh Musk untuk menjadikan syarikat itu milik persendirian pada Oktober lalu.

Musk menjual satu lagi saham bernilai AS$3.6 bilion dalam Tesla Inc awal minggu lepas, menjadikannya hampir AS$40 bilion saham dalam syarikat kenderaan elektrik itu telah dijual pada tahun ini.

Penjualan saham Tesla itu adalah kedua terbesar yang telah dikeluarkan oleh Musk sejak pembelian Twitter bernilai AS$44 bilion pada Oktober lalu.

Selain itu, penjualan itu juga dilakukan selepas Musk berkata pada April bahawa beliau telah selesai menjual saham syarikat kenderaan elektrik itu.

Twitter telah menyaksikan pengasingan diri para pengiklan daripada platfrom sejak pengambil alihan Musk.

Hal ini kerana pendekatan Musk untuk mengawal penyiaran maklumat dibimbangi akan melepasi keupayaan dan pendapatannya bagi membayar faedah ke atas hutang AS$13 bilion yang dibuat untuk membeli syarikat media sosial itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *