Paypal Sedia Patuhi Peraturan Baharu Di Indonesia, Sekatan Akses Dihapuskan

Paypal Sedia Patuhi Peraturan Baharu Di Indonesia, Sekatan Akses Dihapuskan

Syarikat pembayaran dari AS, PayPal telah selesai mendaftar sebagai pengendali sistem elektronik di Indonesia dan pelanggannya kini boleh mengakses p

Syarikat pembayaran dari AS, PayPal telah selesai mendaftar sebagai pengendali sistem elektronik di Indonesia dan pelanggannya kini boleh mengakses perkhidmatannya.

Paypal merupakan salah satu laman sesawang yang disekat operasinya di Indonesia pada hujung minggu lalu berikutan kegagalan syarikat itu mematuhi syarat-syarat perlesenan baharu.

Kebanyakan platform sosial media telah diberi tarikh akhir bulan Julai untuk mendaftar di bawah peraturan baharu yang membolehkan pihak berkuasa memaksa mereka mendedahkan data pengguna tertentu.

Peraturan itu juga memberi hak kepada pihak berkuasa untuk mendesak syarikat mengeluarkan kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang atau yang “mengganggu ketenteraman awam” dalam tempoh 4 hingga 24 jam.

Johnny G. Plate, menteri komunikasi Indonesia, pada hari Rabu menggesa orang ramai untuk mengelak daripada menggunakan perkhidmatan tidak berdaftar “bagi meminimumkan kerugian yang mungkin ditanggung.”

Kementerian Komunikasi Indonesia juga telah menghapuskan sekatan akses kepada perkhidmatan enjin carian Yahoo dan syarikat permainan video Valve Corporation, termasuk Steam dan Dota 2 semalam.

Peraturan pelesenan baharu telah menimbulkan kontroversi berikutan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam terhadap potensi campur tangan kerajaan terhadap kandungan media sosial.

Walaupun peraturan pelesenan pertama kali diperkenalkan pada 2020, syarikat seperti Meta Platforms Inc dan unitnya serta Google Alphabet Inc telah mendaftar hanya beberapa jam atau hari sebelum tarikh yang ditetapkan, termasuk Spotify, Netflix dan TikTok ByteDance.

Dengan populasi 270 juta pemuda yang celik teknologi, Indonesia ialah pasaran 10 teratas dari segi bilangan pengguna untuk pelbagai syarikat media sosial.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: