PBOC Campur Tangan Selepas Pinjaman Diantara Bank Dihadkan

PBOC Campur Tangan Selepas Pinjaman Diantara Bank Dihadkan

Bank Utama China mengambil langkah mengarahkan komersial bank mereka untuk memberi pinjaman kepada institusi-institusi bukan kewangan di negara it

Bank Utama China mengambil langkah mengarahkan komersial bank mereka untuk memberi pinjaman kepada institusi-institusi bukan kewangan di negara itu selepas operasi kewangan di antara bank terpaksa dihadkan kerana mereka menghadapi masalah kecairan modal.

People Bank of China terpaksa campur tangan untuk membantu sesetengah institusi bukan kewangan termasuk firma-firma sekuriti dan pengurus-penguras dana selepas kemudahan fasiliti pinjaman dihadkan ekoran masalah kecairan. Itulah yang dilaporkan oleh Caixin pada Jumaat yang lalu.

Selain itu Caixin memberitahu bahawa bank-bank mengambil langkah berhati-hati dalam pinjaman antara bank terutama selepas penjualan bond niaga hadapan yang mana mencetuskan sentimen negatif serta membimbangkan para peserta pasaran.

Kecairan modal adalah satu faktor utama yang boleh memberi impak kepada pasaran selepas majoriti bank menaikkan kadar modal kos melalui operasi pasaran terbuka pada bulan lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: