PDRM Bakal Terima 16 Dron Berkuasa Tinggi

PDRM Bakal Terima 16 Dron Berkuasa Tinggi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima sebanyak 16 buah dron berkuasa tinggi yang diluluskan oleh kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima sebanyak 16 buah dron berkuasa tinggi yang diluluskan oleh kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, sebanyak RM48 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi RMK-12 RP1 (Rolling Plan 1) melalui proses tender oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perolehan dron ini.

Dron tersebut akan membantu meningkatkan tahap keselamatan dan operasi pemantauan di kawasan sempadan seluruh negara terutamanya di kawasan yang tidak berpagar yang berjarak sejauh 44.55 kilometer , digunakan oleh penyeludup melalui lorong-lorong tikus.

Bagi mengekang aktiviti penjenayah, operasi dron yang mampu terbang selama 4 jam tersebut akan diletakkan dibawah kawalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), sekali gus dapat meningkatkan pengawasan secara menyeluruh, jelas beliau.

Mazlan juga berkata, sebanyak 175 kenderaan pacuan empat roda (4×4) juga akan diterima PDRM dalam masa terdekat, sekali gus membantu meningkatkan tahap operasi pihaknya di seluruh negara.

Sementara itu, beliau turut menyebutkan bahawa anggota risik yang bertugas di kawasan sempadan akan dilengkapi dengan set vest kalis peluru bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada mereka.

Katanya, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk mendapatkan 1,000 vest kalis peluru tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: