Pegawai Tertinggi BoE Membuka Pintu ‘Rate Cut’, GBP/USD Menjunam Melepasi Paras $1.23

Pegawai Tertinggi BoE Membuka Pintu ‘Rate Cut’, GBP/USD Menjunam Melepasi Paras $1.23

Pembelian dollar AS masih mendapat tarikan yang positif walaupun hasil bon AS telah berundur berikutan masih disokong oleh perkembangan isu perdagang

Pembelian dollar AS masih mendapat tarikan yang positif walaupun hasil bon AS telah berundur berikutan masih disokong oleh perkembangan isu perdagangan yang lebih baik.

Selain itu, status USD sebagai salah satu matawang safe haven turut menambahkan tekanan ke atas permintaan matawang-matawang yang lain terutamanya berbanding pound yang masih diasak dengan ketidakstabilan Brexit.

Tambahan pula, Micheal Saunder sebagai ahli MPC BoE yang dikenali paling hawkish dalam ucapannya di Barnsley telah mengubah pandangan beliau dengan berkata bahawa ekonomi berkemungkinan memerlukan kadar faedah yang lebih rendah jika UK terpaksa keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian.

Kenyataan tersebut telah menyebabkan pound jatuh lebih 50 pips melepasi support yang signifikan di paras 1.23 dan kini didagang sekitar 1.2275 setakat jam 3.50 petang.

Fokus kini beralih kepada perkembangan terbaru Brexit melalui pertemuan antara setiausaha Brexit Steve Barclay dan ketua perunding EU Michel Barnier di Brussels.

Dari sudut teknikal, zon support 1.2270/65 kini sedang diuji dan jika gagal dipertahankan, harga berpotensi susut ke paras 1.2000

Paras 1.265/70 pula kekal menjadi zon penghalang kepada ‘recovery’ GBP/USD, namun jika berjaya dilepasi, harga mampu naik melebih paras 1.2400 dan kemudian kepada resistance seterusnya di paras 1.2430

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: