Pelabur Emas Menantikan Keputusan ‘Midterm Election’ AS Sebelum Membuat Sebarang Kejutan

Pelabur Emas Menantikan Keputusan ‘Midterm Election’ AS Sebelum Membuat Sebarang Kejutan

Seperti yang dijangkakan, pasaran hadapan emas tidak memberi reaksi yang besar terhadap pilihan raya pertengahan penggal AS, namun ianya akan mula ber

Seperti yang dijangkakan, pasaran hadapan emas tidak memberi reaksi yang besar terhadap pilihan raya pertengahan penggal AS, namun ianya akan mula bertindak selepas keputusan dikeluarkan.

Spekulasi sejak beberapa minggu yang lalu mengatakan bahawa harga pasaran emas akan bergerak naik turun pada julat yang tinggi di hari pertama pilihan raya AS sejak Donald Trump menjadi presiden pada tahun 2016.

Namun Emas Comex bagi bulan Disember di NYMEX masih didagang dalam julat $11, antara harga terendah $1,226.60 dan paras tertinggi $1,237.60.

Tambahan pula, pada minggu yang lalu, harga emas telah melonjak dua kali ganda lebih besar berbanding pergerakan minggu ini, naik lebih $20 pada 1 November yang lepas.

Kini emas didagang sekitar $1,228.50, susut 0.11% atau $1.30 pada sesi yang lalu

Sebahagian penganalisis melihat reaksi pelabur mungkin dapat dilihat dalam tempoh 48 jam daripada sekarang.

Jika Demokratik memenangi kongres (dewan rakyat) pada pilihan raya kali ini, emas akan menjadi salah satu pilihan utama berikutan ‘dasar-dasar’ Trump akan menghadapi kesukaran untuk diluluskan sepanjang tempoh pentadbiran beliau yang berbaki 2 tahun lagi.

Sekiranya keputusan benar-benar seperti yang dijangkakan, dollar dan saham juga dilihat akan mengalamai penyusutan mendadak, menarik pelabur untuk mencari intrumen-insturmen safe haven termasuk emas.

Perang perdagangan antara AS-China juga masih dilihat sebagai salah satu isu yang dapat menyokong peningkatan harga emas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: