Pelabur Kini Mencari Titik Perubahan Selepas Penambahan AS$370b Dalam Pasaran China

Pelabur Kini Mencari Titik Perubahan Selepas Penambahan AS$370b Dalam Pasaran China

Pasaran China yang terdedah kepada titik perubahan yang tajam diikuti oleh aliran yang panjang dan kuat. Hal ini membuatkan masa untuk membeli ada

Pasaran China yang terdedah kepada titik perubahan yang tajam diikuti oleh aliran yang panjang dan kuat.

Hal ini membuatkan masa untuk membeli adalah hampir sama pentingnya dengan memilih saham-saham yang hendak dibeli.

Para pelabur yang terjun ke dalam saham China pada 11 November lalu selepas kerajaan mengurangkan tempoh kuarantin dan ujian Covid-19 dilihat telah menambah hampir AS$370 bilion ke dalam nilai ekuiti indeks MSCI China.

Sementara sebilangan yang lain masih menantikan isyarat yang lebih jelas setelah kesilapan yang besar dalam unjuran-unjuran gergasi Wall Street pada tahun lalu.

Goldman Sachs Group Inc., JPMorgan Chase & Co. dan BlackRock Inc. adalah antara mereka yang mengesyorkan untuk melonggok ke dalam pasaran ketika itu, sehingga mengakibatkan lebih daripada AS$4 trilion nilai saham dimusnahkan sepanjang 10 bulan hingga Oktober.

“Dasar China adalah seperti kereta api barang gergasi yang menuruni landasan,” kata John Lin, pengurus portfolio untuk ekuiti China di AllianceBernstein di Singapura.

“Apa yang kamu akan lakukan terlebih dahulu ialah mengelaknya. Jangan kekal di landasan! Kemudian secepat yang boleh, kembali melompak ke dalam kereta api,” ujarnya memberi perumpaan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelabur ketika ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: