ethereum-dollar

Pelabur Kripto Hadapi Kelewatan Untuk Keluarkan Dana Selepas Ethereum Naik Taraf

Pelabur mata wang kripto menghadapi kelewatan untuk mengeluarkan dana yang didepositkan pada blockchain Ethereum selepas perisian utamanya dinaik taraf.

Hal ini membangkitkan isu yang membimbangkan bagi token Ethereum yang inginkan teknologi mereka itu digunakan secara meluas untuk pembayaran segera.

Peningkatan perisian, yang dikenali sebagai “Shapella,” telah ditetapkan untuk membuka Ethereum bernilai lebih AS$30 bilion, mata wang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin.

Ether mencatat peningkatan melebihi AS$2,000 buat kali pertama sejak Ogos 2022 pada Khamis yang lalu.

Para pelabur pula tidak boleh mengeluarkan dana yang mereka depositkan dengan kaedah yang dikenali sebagai “staking” sejak hari Rabu.

Setakat semalam, sekitar AS$1.4 bilion nilai ether telah disekat dalam satu siri pengeluaran, kata firma data blockchain Nansen.

Kelewatan adalah contoh had yang terdapat dalam urus niaga yang boleh diproses oleh Ethereum sekali gus menyerlahkan potensi kelemahannya.

Penganalisis Nansen, Martin Lee berkata kelewatan itu berpunca daripada had dalam jumlah transaksi yang boleh diproses oleh blockchain.

Blockchain Etherum hanya boleh memproses kira-kira 1,800 pengeluaran yang sah, atau 57,600 ether akan keluar setiap hari. Had pengeluaran yang sah telah ditetapkan atas faktor keselamatan, jelas Lee.

“Dalam senario yang melampau, jika tiada had, dan majoriti besar akan keluar, rangkaian Ethereum akan terdedah kepada serangan dan orang jahat,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *