Pelabur Masih Skeptikal Dengan Brexit, Dapatkah Gap GBP/USD Ditutup?

Pelabur Masih Skeptikal Dengan Brexit, Dapatkah Gap GBP/USD Ditutup?

Pound sterling bermula positif pada awal minggu lepas didorong oleh kenyataan ketua perunding Brexit daripada EU Michel Barnier bahawa perjanjian akan

Pound sterling bermula positif pada awal minggu lepas didorong oleh kenyataan ketua perunding Brexit daripada EU Michel Barnier bahawa perjanjian akan dapat dicapai pada minggu ini.

Namun begitu, GBP kembali lemah apabila pada hari Khamis lalu apabila PM UK Theresa May menjelaskan Britian tidak mahu terperangkap di dalam kastam EU.

Beliau tidak mahu meluluskan syarat perjanjian yang akan meletakkan halangan perdagangan ke atas logistik perniagaan UK.

Dengan berbaki 3 hari sebelum Sidang Kemuncak EU pada hari Rabu, laporan daripada Brussels masih belum menunjukkan sebarang perkembangan yang baik.

Tambahan pula, PM Ireland juga tidak optimis apabila mengatakan perjanjian yang mungkin dapat dicapai sebelum tarikh akhir bulan November tetap berpotensi berakhir tanpa sebarang kesepakatan.

Oleh itu, sehingga perjanjian rasmi termeterai, para pedangang pound kekal skeptikal.

Hal ini dapat dilihat menerusi pergerakan pound pada hari Isnin dimana bermula rendah berbanding kesemua matawang lain dengan jurang (gap) yang besar telah menyebabkan GBP/USD dibuka rendah pada paras 1.3082.

Walau bagaimanapun, sehingga jam 4.20 petang, GBP/USD telah berjaya mendaki keluar daripada pembukaan harga hari Isnin, didagang sekitar 1.3115 dan berpotensi naik menutup gap dan menguji resistance di paras 1.3145 sebelum keputusan rundingan terakhir antara Setiausaha Brexit UK, Raab dan ketua perunding EU Barnier yang bermula pada hari ini diterbitkan.

Laporan penting seperti pekerjaan, inflasi dan jualan runcit akan diterbitkan pada minggu ini, namun perkembangan Brexit terus menjadi pemandu utama kepada aliran keluar masuk GBP.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: