Pelabur Minyak Mengambil Pendekatan Tunggu & Lihat Untuk Menetapkan Posisi Dagangan Seterusnya

Pelabur Minyak Mengambil Pendekatan Tunggu & Lihat Untuk Menetapkan Posisi Dagangan Seterusnya

Harga minyak terus didagang rendah pada hari Khamis didorong oleh kebimbangan terhadap konflik perdagangan AS dan China yang kian memuncak walaupun b

Harga minyak terus didagang rendah pada hari Khamis didorong oleh kebimbangan terhadap konflik perdagangan AS dan China yang kian memuncak walaupun bekalan minyak AS jatuh diluar jangkaan.

Sehingga jam 4.20 petang, futures WTI didagang pada harga $61.55 setong, susut 0.92% manakala minyak antarabangsa Brent jatuh 0.91% kepada $69.73 pertong.

Angka bekalan minyak rasmi EIA yang lebih baik pada hari Rabu yang lalu berjaya menghadkan kejatuhan pasaran minyak, namun keputusan rundingan perdagangan pada hari ini akan menjadi penentu kepada pergerakan seterusnya.

Perang perdagangan menjadi salah satu punca yang telah mengakibatkan kelembapan ekonomi global, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran komoditi.

Trump pada hari Ahad lalu memberi amaran kepada China jika mereka keluar daripada perjanjian menerusi rundingan di Washington pada hari ini, tarif baru bernilai $250 billion akan mula dikuatkuasakan pada hari esok.

Para pelabur minyak dilihat mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum meletakkan sebarang posisi yang signifikan, oleh itu tiada perubahan yang drastik pada pasaran pada minggu ini.

Walau bagaimanapun, pasaran minyak tetap berada di paras terendah empat minggu lalu, dengan harga WTI dan Brent merosot lebih $5 daripada rekod harga tertinggi.

Secara keseluruhan, fundamental masih disokong oleh tindakan OPEC dan Rusia yang masih menghadkan pengeluaran mereka.

Penambahan sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela turut meningkatkan lagi pengetatan terhadap bekalan minyak global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: