Pelepasan Minyak Dari Rizab Strategik Terlalu Kecil – Goldman Sachs

Pelepasan Minyak Dari Rizab Strategik Terlalu Kecil – Goldman Sachs

Pelepasan minyak dari rizab strategik secara selaras, diketuai oleh Amerika Syarikat mungkin akan menambah kira-kira 70 hingga 80 juta tong minyak me

Pelepasan minyak dari rizab strategik secara selaras, diketuai oleh Amerika Syarikat mungkin akan menambah kira-kira 70 hingga 80 juta tong minyak mentah ke dalam bekalan pasaran.

Penganalisis di Goldman Sachs berkata angka tersebut lebih kecil berbanding 100 juta tong yang diramalkan oleh pasaran.

“Mengenai model harga kami, keluaran sedemikian akan bernilai kurang daripada $2 setong, jauh lebih rendah daripada penjualan $8 setong yang berlaku sejak akhir Oktober,” kata bank itu dalam nota bertajuk “A drop in the ocean”, bertarikh 23 Nov.

Harga minyak global kembali naik ke paras tertinggi seminggu semalam selepas tindakan Amerika Syarikat dan negara pengguna lain mengeluarkan minyak daripada rizab petroleum strategik (SPR) untuk menenangkan pasaran dilihat jauh lebih rendah berbanding jangkaan.

Harga minyak mentah Brent juga mencatatkan kenaikan tambahan kepada permintaan minyak global sebanyak 1.5 juta tong sehari untuk tiga bulan akan datang daripada kesan COVID-19 di Eropah dan China, kata Goldman.

“Kami melihat (situasi) ini membawa kebimbangan yang berlebihan dalam tempoh tiga bulan akan datang, diikuti fundamental penjualan yang melampaui batas baru-baru ini disebabkan penurunan aktiviti dagangan akhir tahun,” tambah bank itu.

Walaupun pengeluaran SPR akan menjamin penurunan $2 setong ke atas unjuran harga Brent, namun kurangnya perkembangan dalam rundingan bersama Iran akan mengimbangi risiko tersebut.

Kuasa-kuasa besar dunia dan Iran akan bertemu pada Isnin hadapan bagi menghidupkan semula perjanjian nukeluar dan menarik balik sekatan ke atas Iran, sekali gus dapat meningkatan hasil eksport mereka.

“Selain itu, OPEC dilihat akan mempertimbangkan untuk tidak menambah pengeluarannya bagi mengimbangi kesan buruk SPR daripada harga minyak yang lebih rendah dalam keadaan pemulihan belanjawan minyak global diperlukan,” jelas Goldman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: