Pelonggaran PKP Mengembalikan Optimis Para Pelabur Kepada Pasaran Saham & Minyak

Pelonggaran PKP Mengembalikan Optimis Para Pelabur Kepada Pasaran Saham & Minyak

Saham Asia dan Eropah pada hari Selasa meningkat, mengikuti pemulihan Wall Street pada akhir sesi dagangan Amerika yang lalu, selepas perintah berkur

Saham Asia dan Eropah pada hari Selasa meningkat, mengikuti pemulihan Wall Street pada akhir sesi dagangan Amerika yang lalu, selepas perintah berkurang dilonggarkan dibeberapa negara.

Para pelabur menyambut baik kenyataan optimis gabenor California dan New York untuk membuka semula perniagaan.

Selain itu, sebahagian negara lain seperti Sepanyol, Itali, Nigeria, India dan Malaysia turut mengumumkan pelonggaran perintah kawalan pergerakan secara berperingkat.

Keputusan-keputusan di atas telah mengembalikan harapan untuk melihat pemulihan ke atas ekonomi terutamanya ke atas pemulihan pada rantaian bekalan dan permintaan.

Penganalsis daripada Commonwealth Bank Australia berkata struktur harga minyak sedang menaik, dengan peningkatan besar pada kontrak terhampir menunjukkan lebih banyak pemotongan output dan pemulihan permintaan dijangkakan pada akhir tahun ini.

Keyakinan tersebut telah mendorong pendakian harga minyak dan masih mengekalkan momentum bullish sehingga jam 4 petang.

Walau bagaimanapun, optimis pelabur tetap dikelabui oleh ketegagan hubungan antara China dan AS yang menjadi punca menekan pasaran saham pada hari Isnin yang lepas.

Reuters melaporkan bahawa China telah di beri amaran akan berhadapan dengan gelombang permusuhan yang semakin meningkat di seluruh dunia akibat pandemik yang mana bakal merosakkan hubungan mereka dengan AS.

Jim McCafferty, Penyelidikan ekuiti APAC di Nomura berkata, “Ketegangan antara China dan AS akan menjadi tema yang akan terus keluar dan masuk beberapa bulan kehadapan menjelang pilihan raya presiden”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: