Peluang ‘Buy’ Dollar Masih Terbuka Menjelang Minit Mesyuarat FOMC

Peluang ‘Buy’ Dollar Masih Terbuka Menjelang Minit Mesyuarat FOMC

Dollar terus didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain menjelang minit mesyuarat FOMC dengan indeks USD naik 0.30% kepada 95.34 mata. Lap

Dollar terus didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain menjelang minit mesyuarat FOMC dengan indeks USD naik 0.30% kepada 95.34 mata.

Laporan minit mesyuarat FOMC terkini akan diterbitkan pada jam 2 pagi. Bank pusat telah mengambil pendekatan yang lebih hawkish selepas menaikkan kadar faedah pada bulan September yang lalu.

Selain itu, Fed juga telah mengeluarkan perkataan ‘ransangan’ di dalam kenyataan dasar mereka.

Para pelabur akan mencari lebih banyak maklumat dan butiran lanjut terhadap pandangan kesemua ahli FOMC berkenaan ekonomi, inflasi dan dasar bagi mengukuhkan jangkaan Fed untuk kekal dengan objektif menaikkan 4 kali kadar sehingga akhir tahun 2019.

Price in terhadap jangkaan rate hike pada bulan Disember hadapan kini telah mencapai sekitar 80 peratus.

Pada hari Selasa yang lepas, Presiden AS Donald Trump sekali lagi mengkritik Fed dengan mengatakan bank pusat merupakan ‘ancaman’ terbesar beliau kerana telah menaikkan kadar faedah dengan cepat.

Pada minggu lalu, Trump mengatakan ‘kegilaan’ Fed telah menyebabkan selloff besar-besaran saham Wall Street menyerupai penurunan terburuk sejak bulan Februari yang lalu.

Sementara itu, kejatuhan angka permit pembinaan dan projek perumahan yang baru pada bulan September telah membimbangkan pasaran tentang keadaan semasa sektor perumahan dalam situasi ekonomi yang masih stabil secara keseluruhan.

Berikut adalah pertukaran matawang utama lain berbanding USD setakat jam 12.20 pagi:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: