Peluang Pekerjaan AS Melonjak, Namun Hanya Mengisi Posisi Yang Ditinggalkan

Peluang Pekerjaan AS Melonjak, Namun Hanya Mengisi Posisi Yang Ditinggalkan

Angka peluang pekerjaan di AS meningkat pada bulan Jun, namun kenaikan tersebut juga seiring dengan peningkatan jumlah mereka yang berhenti dari kerj

Angka peluang pekerjaan di AS meningkat pada bulan Jun, namun kenaikan tersebut juga seiring dengan peningkatan jumlah mereka yang berhenti dari kerja terutamanya di sektor perhotelan, restoran dan bar, yang mana mungkin disebabkan oleh kebimbangan terhadap penularan Covid-19 dan isu penjagaan anak.

Walaupun Jabatan Tenaga Kerja pada hari Isnin melaporkan peningkatan kekosongan pekerjaan, namun peluang pekerjaan tetap di bawah tahap pra-wabak yang lalu, menyokong pandangan yang mengatakan bahawa pasaran buruh memerlukan masa yang lama untuk pulih dari krisis kesihatan awam.

“Mungkin kenaikan peluang pekerjaan bukanlah bermaksud menambahkan pekerja, tetapi mengisi kembali posisi dari pekerja yang telah berhenti akibat kebimbangan terhadap virus, kekurangan pilihan penjagaan anak, atau atas alasan yang sama,” kata Nick Bunker, pengarah penyelidikan di Indeed Hiring Lab.

“Peningkatan mereka yang berhenti bekerja kebiasaanya menjadi tanda tahap keyakinan pekerja terhadap kesihatan pasaran buruh. Sekarang, sukar untuk melihat para pekerja yakin dengan pengangguran mencecah dua digit”, tambah beliau.

Peluang pekerjaan yang mengukur permintaan buruh, meningkat 518,000 kepada jumlah 5.9 juta pada hari terakhir bulan Jun, kata Jabatan Tenaga Kerja dalam Kajian Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja bulanan, atau JOLTS.

Terdapat 198,000 tambahan peluang pekerjaan di industri penginapan dan perkhidmatan makanan. Kekosongan juga meningkat di sektor penjagaan kesihatan dan bantuan sosial. Secara keseluruhan, kadar pembukaan pekerjaan meningkat kepada dari 3.9% (Mei) kepada 4.1%.

Bilangan mereka yang berhenti kerja secara sukarela pula meningkat 531,000 kepada jumlah 2.6 juta, menyaksikan 106,000 orang melepaskan jawatan mereka dari sektor kesihatan dan bantuan sosial, 104,000 orang dari sektor penginapan dan perkhidmatan makanan dan 99,00 orang dari sektor runcit.

Kadar berhenti kerja, yang dalam keadaan normal dijadikan oleh pembuat dasar dan ekonomi sebagai ukuran keyakinan pasaran buruh, meningkat dari 1.6% kepada 1.9%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: