Pembetulan Dolar AS & Komen ECB, EUR/USD Merosot Ke Pertengahan 1.1800

Pembetulan Dolar AS & Komen ECB, EUR/USD Merosot Ke Pertengahan 1.1800

Pertukaran mata wang asing merupakan hal yang biasa buat para pedagang, namun pasaran akan lebih cepat bertindak terhadap sebarang perubahan nada dar

Pertukaran mata wang asing merupakan hal yang biasa buat para pedagang, namun pasaran akan lebih cepat bertindak terhadap sebarang perubahan nada dari para pembuat dasar bank pusat.

Sebagaimana komen yang dikeluarkan oleh ketua ekonomi ECB, Philip Lane yang menyatakan bahawa bank pusat kini sedang memerhatikan penilaian mata wang.

Walaupun tidak isyarat kepada tindakan atau campur tangan dasar, namun kenyataan tersebut cukup untuk menekan EUR/USD untuk berundur lebih jauh dari paras tertinggi yang direkodkan pada hari Selasa lalu kepada 1.1860.

EUR/USD berjaya mencapai paras 1.20 buat pertama kali sejak 2018, namun peningkatan tersebut hampir keseluruhannya didorong oleh dovish Federal Reserve.

Fed pada minggu lalu telah beralih kepada pendirian dasar yang lebih dovish, berusaha untuk mendapatkan pekerjaan penuh dengan membiarkan tekanan inflasi lebih tinggi.

Keputusan tersebut mengejutkan pasaran sehingga Gabenor Fed Fed Lael Brainard sekali lagi mengulangi mesej yang sama pada hari Selasa di samping menyebutkan bahawa bank pusat berkemungkinan akan kekal akomodatif untuk beberapa waktu.

Tambahan pula, pembetulan dolar ke paras yang lebih rendah dilihat semakin lemah dengan bacaan indeks PMI ISM Pembuatan bulan Ogos yang menunjukkan perkembangan sektor industri yang tertinggi sejak tahun 2018.

Walau bagaimanapun, komponen pekerjaan masih kekal di bawah 50, mengisyaratkan pengambilan kerja yang lemah menjelang data NFP minggu ini.

Selain angka di atas, pasaran juga akan memerhatikan laporan pekerjaan sektor swasta ADP yang dijangka menambah lebih 1 juta pekerjaan.

Secara keseluruhannya, pendekatan Fed akan terus mempengaruhi pergerakan dolar dan masih berpotensi jatuh berikutan jangkaan akan dikelakan kadar faedah yang rendah sehingga 2025, sebagaimana yang diunjurkan oleh Goldman Sachs.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: