Pembuangan Sementara Pekerjaan Di AS Akibat Pandemik Kini Melebihi 42 Juta Orang

Pembuangan Sementara Pekerjaan Di AS Akibat Pandemik Kini Melebihi 42 Juta Orang

Jumlah para pekerja yang terpaksa diberhentikan sementara akibat pandemik koronavirus kini melebihi 42 juta orang dengan 1.87 juta insurans penganggu

Jumlah para pekerja yang terpaksa diberhentikan sementara akibat pandemik koronavirus kini melebihi 42 juta orang dengan 1.87 juta insurans pengangguran baru dipohon pada minggu lalu, jelas Jabatan Buruh AS pada hari Khamis yang lalu.

Jumlah tuntutan baru pada minggu yang berakhir pada 30 Mei lebih tinggi daripada jangkaan, namun 249,000 lebih reandah berbanding minggu sebelumnya, menunjukkan kadar pemberhentian pekerjaan yang belum pernah terjadi sebelumnya semakin perlahan.

“Angka ini serta indikator yang lain bukanlah menunjukkan bahawa pasaran buruh semakin bertambah baik akan tetapi tidak lagi semakin buruk dengan cepat”, kata Jared Bernstein, ketua ahli pemikir Pusat Anggaran dan Keutamaan Dasar menerusi ciapan twitter beliau dengan menegaskan tuntutan minggu ini 2.7 kali lebih tinggi daripada rekod satu minggu sebelumnya.

Kadar pengangguran yang diinsuranskan menunjukkan jumlah mereka menerima faedah meningkat setengah mata kepada 14.8 peratus di minggu yang berakhir pada 23 Mei, dengan penerima faedah mencecah 21.5 juta orang.

Hal ini mengisyarakatkan sedikitnya bilangan mereka yang kembali bekerja walaupun kadar penerimaan faedah menurun pada minggu lalu dengan pembukaan semula perniagaan di beberapa buah negeri.

“Kadar pengangguran nasional berkemungkinan berada sekitar atau melebihi 20%, dua kali ganda berbanding puncak Great Recession”, tambah Bernstein.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: