northovolt-battery

Pembuat Bateri Northvolt Sweden Dalam Perbincangan Untuk Pembiayaan Lebih $5 billion

Pengeluar bateri lithium-ion Sweden, Northvolt sedang berbincang untuk mendapatkan lebih daripada A$5 bilion pembiayaan bagi mencapai matlamatnya menjadi pengeluar bateri terbesar di Eropah, lapor Financial Times pada Ahad lalu.

Syarikat itu dilaporkan sedang berunding dengan beberapa bank untuk mendapatkan jumlah pembiayaan itu dan persetujuan berpotensi dicapai pada akhir tahun ini, kata FT, memetik orang yang mengetahui perkara itu.

Northvolt setakat ini telah mengumpul berbilion-bilion dolar melalui pengeluaran hutang untuk membiayai pelaburan kilangnya.

Ia termasuk dana AS$1.1 bilion yang diperoleh pada tahun lalu, yang telah membantu meningkatkan pengeluaran di kilang giganya di Skelleftea, Sweden.

Reuters pada Februari yang lepas melaporkan bahawa Northvolt hampir mendapatkan persetujuan beberapa bank untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Eropah atau New York yang boleh menilai syarikat itu lebih daripada $20 bilion.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *