Pembukaan Dollar-Yen Sesudah Sambutan Krismas

Pembukaan Dollar-Yen Sesudah Sambutan Krismas

Teras harga pengguna Jepun mengalami kejatuhan kali ke-9 berturut-turut dalam tahun ini and perbelanjaan  isi rumah juga merudum, bagi data yang diter

Teras harga pengguna Jepun mengalami kejatuhan kali ke-9 berturut-turut dalam tahun ini and perbelanjaan  isi rumah juga merudum, bagi data yang diterbitkan pagi tadi. Membayangkan pertumbuhan ekonomi Jepun masih kekurangan momentum untuk meningkatkan inflasi ke paras jangkaan bank pusat iaitu sekitar 2%.

Walaupun begitu, Jepun mencatatkan perkembangan yang baik pada sukuan ke-3 tahun ini, dan ianya dijangka akan terus berkembang pada sukuan seterusnya. Ianya banyak didorong oleh pertumbuhan di dalam jumlah eksport and pengeluaran perkilangan lantaran penambahbaikan ekonomi ’emerging’.

Prospek melihat ekonomi Jepun akan pulih secara tetap, secara langsung dapat menggerakkan syarikat-syarikat untuk menaikkan pendapatan pengguna seterusnya meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Pertumbuhan pendapatan yang perlahan, mungkin antara faktor mengapa pengguna kurang berbelanja. Ia merupakan antara elemen ekonomi yang paling lemah bagi Jepun sebagai kuasa besar ekonomi Dunia!

Harga minyak yang tinggi bakal menaikkan harga barangan import mereka, dan tanpa kekuatan pendapatan pengguna, sasaran inflasi BOJ tidak mungkin akan dapat dicapai. BOJ yang berkali-kali menegaskan sasaran itu bakal dicapai dengan mencetak wang secara agresif dalam masa 3 tahun bagi merangsang kenaikan inflasi.

Dollar dilihat kompetitif sesudah Krismas, masih lagi dipacu oleh sentimen kekuatan ekonomi di bawah pentadbiran Trump yang bakal menduduki Rumah Putih pada Januari 2017 dan pandangan ‘hawkish’ oleh FED yang mungkin akan berlakunya kenaikan lagi kadar faedah pada tahun 2017.

Ia mengukuh sebanyak 10% berbanding Yen, kini dilihat sudahpun mula hilang momentumnya sejak kebelakangan ini. Ada yang berpendapat bakal berlakunya koreksi yang besar sebelum Dollar kembali meneruskan kenaikan. Mereka melihat bagaimana kekuatan Dollar mungkin boleh melumpuhkan sektor perdagangan Amerika ditambah lagi dengan tekanan daripada China yang sejak akhir-akhir ini begitu fokus pada misi menaiktaraf dasar ekonomi mereka.

Saya secara peribadi melihat pada potensi ‘deep buy’ bagi Dollar-Yen, namun ketika pasaran yang bergerak terlalu perlahan menjelang penghujung tahun ini agak terlalu awal untuk membuat analisa jangkaan arah pergerakan pasaran. Beberapa data USD berimpak tinggi bakal diterbitkan pada minggu ini, mungkin mampu memberi sedikit ‘percikan api’ bagi membantu Dollar mengukuh sedikit namun mungkin akan terhad di paras 118.574.

Ikuti juga ulasan minggu lepas dan pandangan untuk minggu ini bagi Dollar-Yen daripada Cikgu Fahmi di sini : https://www.ctc.fm/dolar-vs-yen-ulasan-minggu-lalu-dan-pandangan-26-30-disember-2016/

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: