Pemilik TikTok Bakal Melabur Berbilion Dolar Di Singapura Dalam Tempoh Tiga Tahun

Pemilik TikTok Bakal Melabur Berbilion Dolar Di Singapura Dalam Tempoh Tiga Tahun

ByteDance Ltd, syarikat pemilik aplikasi perkongsian video TikTok, merancang untuk melabur berbilion dolar selama tiga tahun dan merekrut ratusan pek

ByteDance Ltd, syarikat pemilik aplikasi perkongsian video TikTok, merancang untuk melabur berbilion dolar selama tiga tahun dan merekrut ratusan pekerja di Singapura setelah memilih untuk menubuhkan pusat wilayah Asia Tenggara di sana, kata sumber tanpa nama kepada Reuters.

Syarikat ini juga telah meningkatkan pembelian server di pusat perdagangan global dan hab pengangkutan Singapura bagi menyimpan data AS dari hal-hal di luar jangkaan sambil menyebutkan bahawa rancangan 3-tahun tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2019.

Kenyataan ini menjadi perhatian selepas Presiden Trump memaksa ByteDance menjual aset TikTok mereka di Amerika Syarikat bagi mengelakkannya daripada diharamkan di sana.

Pentadbiran Trump telah menyuarakan potensi risiko keselamatan negara kerana sejumlah besar data peribadi pengguna AS yang disusun oleh aplikasi video pendek ini.

TikTok menyatakan bahawa kesemua data pengguna AS di simpan di Amerika Syarikat, termasuk sokongan simpanan data di Singapura.

Tindakan memilih Singapura sebagai lokasi simpanan atau ibu pejabat dilihat dapat menarik lebih banyak syarikat yang ingin mencari lokasi yang neutral di tengah-tengah ketegangan antara Washington dan Beijing.

ByteDance pada tahun lalu telah memutuskan untuk menempatkan ibu pejabat mereka di Singapura, yang mana beberapa tahun terakhir telah meningkatkan upaya untuk menarik perusahaan teknologi dan pelabur, kata sumber tersebut.

Walau bagaimanapun, ByteDance masih belum mengumumkan secara rasmi pemindahan tersebut sementara sebahagian sumber yang lain mengatakan TikTok pada tahun ini telah memindahkan sebahagian jurutera dari China ke sana.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: