brics

Pemimpin BRICS Pertimbang Buka Permohonan Ahli Baharu Pada Sidang Kemuncak

Lima negara BRICS bersikap terbuka untuk mengembangkan kumpulan itu kepada ahli baharu, kata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa hari ini dalam mengejar pengaruh yang lebih besar dalam membentuk susunan dunia.

Seruan untuk membesarkan BRICS yang dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan itu telah mendominasi agenda pada sidang kemuncak tiga hari di Johannesburg dan mendedahkan terdapatnya pertembungan dikalangan ahli.

China sedang berusaha untuk mengembangkan BRICS dengan pantas di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat.

Namun begitu, India sebagai salah satu kuasa besar tidak bersetuju dan bimbang dengan niat China yang juga pesaing geopolitiknya.

BRICS ialah gabungan berbeza antara ekonomi besar dan kecil, negara demokrasi dan autoritarian, namun berkongsi keinginan kolektif untuk mencabar perintah global yang diterajui Barat.

Kumpulan itu beroperasi berdasarkan muafakat dan pegawai berkata pemimpin BRICS sedang membincangkan kriteria untuk menerima ahli baharu.

Presiden Afrika Selatan, Ramaphosa memberitahu sidang kemuncak bahawa sokongan untuk pengembangan “telah dinyatakan oleh semua ahli BRICS”.

Terdahulu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau menyokong untuk membuka pintu kepada ahli baharu dan “mengalu-alukan bergerak ke hadapan dengan kesepakatan”.

“Kami berdiri di puncak untuk mengembangkan keluarga BRICS,” kata Ramaphosa, yang menambah bahawa dia berharap untuk “penyelesaian yang jelas untuk perkara ini” menjelang penutupan sidang kemuncak hari ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *