Pemimpin Catalan Tidak Peduli Tentang Penangkapan

Pemimpin Catalan Tidak Peduli Tentang Penangkapan

Carles Puigdemont, pemimpin negara Catalonia mengatakan bahawa beliau tidak peduli akan ditangkap kerana menganjurkan referendum terlarang berkenaan k

Carles Puigdemont, pemimpin negara Catalonia mengatakan bahawa beliau tidak peduli akan ditangkap kerana menganjurkan referendum terlarang berkenaan kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol yang berlangsung pada Ahad biarpun Madrid menggunakan paksaan dalam usaha untuk mencegah orang untuk mengundi.

Jelasnya, polis rusuhan Sepanyol menggunakan truncheon serta peluru getah keatas pengundi, dengan itu menarik kritikan seluruh dunia dan menjatuhkan negara Eropah ini ke dalam kejatuhan perlembagaan terburuk dalam beberapa dekad.

Pada Isnin, kerajaan Puigdemont akan meminta parlimen serantau untuk mengistiharkan kemerdekaan secara rasmi, selepas pegawainya mengeluarkan mengeluarkan keputusan awal referendum yang menunjukkan 90% sokongan memihak kepada berpecah dengan Sepanyol.

Bagaimanapun, kehadiran pengundi tidak melebihi 43% penduduk Catalan yang tinggal sebahagian dari Sepanyol kebanyakkan memboikot referendum tersebut.

Malah, pihak berkuasa Sepanyol, mahupun badan kehakiman telah mengugut untuk menangkap pemimpim Catalonia, walapun Madrid menuduh beliau telah melanggar undang-undang negara tersebut.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: