Rusia akan mengurangkan bekalan gas ke Eropah sekali lagi sebagai tamparan kepada negara-negara yang telah menyokong Ukraine. Keputusan itu telah
Rusia akan mengurangkan bekalan gas ke Eropah sekali lagi sebagai tamparan kepada negara-negara yang telah menyokong Ukraine.
Keputusan itu telah memusnahkan harapan untuk melihat tekanan ekonomi mereda pada minggu ini dengan penyambungan semula eksport bijirin dari Laut Hitam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa kapal-kapal pertama dari pelabuhan Ukraine Odesa akan berlayar dalam beberapa hari di bawah perjanjian yang dipersetujui pada hari Jumaat lalu.
Kos tenaga yang melambung tinggi dan ancaman kelaparan yang dihadapi oleh jutaan rakyat di negara miskin menunjukkan bagaimana konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, yang kini memasuki bulan keenam telah memberi kesan jauh di luar Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin memberi amaran kepada Barat awal bulan ini bahawa sekatan berisiko mencetuskan kenaikan harga tenaga global yang besar.
Gergasi tenaga Rusia, Gazprom, memetik arahan daripada badan pemerhati industri semalam berkata pengaliran gas ke Jerman melalui saluran paip Nord Stream 1 akan jatuh kepada 33 juta meter padu sehari mulai Rabu.
Angka itu adalah separuh daripada aliran semasa, yang kini hanya 40 peratus daripada kapasiti biasa. Sebelum perang, Eropah mengimport kira-kira 40 peratus gasnya dan 30 peratus minyaknya dari Rusia.
Kerajaan Rusia berkata gangguan gas itu adalah hasil daripada isu penyelenggaraan dan sekatan Barat, manakala Kesatuan Eropah pula mendakwa Rusia telah menggunakan sumber tenaga sebagai ugutan.
COMMENTS