Kerajaan China telah meluluskan pemotongan tarif terhadap rakan-rakan dagangan mereka yang melibatkan lebih daripada 850 barangan import bernilai ham
Kerajaan China telah meluluskan pemotongan tarif terhadap rakan-rakan dagangan mereka yang melibatkan lebih daripada 850 barangan import bernilai hampir $400 billion setahun bermula pada 1 Januari 2020.
Antara negara yang terlibat adalah mereka yang telah berunding bersama China seperti New Zealand, Peru, Costa Rica, Switzerland, Australia, South Korea, Iceland dan Pakistan.
Ahli ekonomi melihat tindakan China ini sebagai langkah awal sebelum menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama bersama AS secara rasmi pada awal tahun hadapan.
Hal ini juga selari dengan kenyataan Presiden AS Donald Trump yang menyebut bahawa perjanjian fasa pertama akan ditandatangai tidak lama lagi.
Namun begitu, Global Times menyuarakan pandangan yang berbeza apabila mengatakan keputusan tersebut bukanlah disebabkan oleh perang perdagangan akan tetapi usaha China untuk memperluaskan pasaran domestik mereka.
Walau bagaimanapun, secara keluruhan para pelabur menyambut baik keputusan China sehingga saham-saham Wall Street semalam terus mencatat rekod tertinggi yang baru menjelang penutupan awal pasaran sempena sambutan Krismas pada hari ini
COMMENTS