Pemulihan Dollar Menamatkan Pendakian Lima Hari Berturut-turut EUR/USD

Pemulihan Dollar Menamatkan Pendakian Lima Hari Berturut-turut EUR/USD

EUR/USD pada hari Isnin gagal melepasi resistance yang kritikal di zon 1.1180 (harga tertinggi bulan Oktober) dan membuat pembetulan ke paras yang le

EUR/USD pada hari Isnin gagal melepasi resistance yang kritikal di zon 1.1180 (harga tertinggi bulan Oktober) dan membuat pembetulan ke paras yang lebih rendah selepas mencatat peningkatan lima hari berturut-turut.

Sehingga jam 11 malam, pasangan matawang ini didagang sekitar 1.1155, susut 10 pips atau 0.09%

Permintaan greenback mengukuh dan menutup sebahagian kerugian minggu lalu apabila peningkatan hasil bon dengan dorongan laporan-laporan yang positif terhadap isu perdagangan AS-China.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada debut presiden ECB yang baru Christine Lagarde di Berlin pada jam 7.30 petang GMT atau 3.30 pagi (Selasa) waktu Malaysia.

Beliau akan memberikan ucapan di sebuah acara penghormatan kepada Wolfgang Schaeuble, bekas menteri kewangan Jerman yang telah membawa Zon Eropah kepada krisis bailout berulang kali pada awal dekad yang lalu sehingga mendedahkan blok kesatuan kepada kelemahan struktur paling berbahaya.

Lagarde sebagai pengarah urusan IMF telah berulang kali menegaskan keperluan untuk lebih banyak integrasi antara dasar fiskal di peringkat EU dengan rasangan pertumbuhan melalui dasar fiskal Jerman yang lebih spesifik.

Pandangan beliau kebiasaanya diketepikan, namun kini mula mendapat sokongan apabila ekonomi EU bergerak mendatar pada tahun ini kerana kemelesetan yang melanda Jerman.

Jerman masih berisiko untuk jatuh ke dalam kemelesetan pada suku tahun ketiga, dan situasi ini dapat dijadikan alasan oleh ECB terus memperkenalkan dasar yang lebih longgar disamping memberi tekanana kepada matawang EUR bagi tempoh masa yang pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: