Pemulihan Ekonomi Global Dorong Lonjakan Harga Bahan Mentah Dunia

Pemulihan Ekonomi Global Dorong Lonjakan Harga Bahan Mentah Dunia

Harga bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan hampir semua jenis barangan kini sedang meningkat dengan satu kenaikan yang berterusan berikutan

Harga bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan hampir semua jenis barangan kini sedang meningkat dengan satu kenaikan yang berterusan berikutan ekonomi dunia sedang mencatatkan pemulihan.

Memetik laporan Bloomberg, hampir seluruh komoditi mentah melonjak pada awal tahun 2021, daripada keluli dan tembaga hinggalah jagung dan kayu.

Namun kenaikan tersebut telah mendorong peningkatan harga barangan lain daripada pembuatan makanan hinggalah bangunan pencakar langit.

Selain itu ianya juga akan memicu pemulihan semula pertumbuhan perdagangan yang lebih besar di samping melonjakkan jangkaan inflasi.

Di tambah dengan suntikan rangsangan fiskal oleh AS dan pembukaan ekonomi Eropah seiring dengan pelancaran semula program vaksinasi, jangkaan untuk melihat berlakunya perubahan arah pada peningkatan harga adalah rendah.

JPMorgan Chase & Co dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka menjangkakan peningkatan yang berterusan terhadap komoditi, termasuk ke atas pemulihan semula dan pembukaan perdagangan.

Di samping itu, keyakinan Fed dan bank pusat lain terhadap kelancaran ekonomi mereka sehingga mengenepikan kebimbangan terhadap isu inflasi, juga telah merangsang permintaan bahan mentah di dalam pasaran.

Sementara itu, China yang merupakan sumber terpenting bagi bekalan dan permintaan bahan-bahan mentah memainkan peranan yang sangat penting dalam peningkatan harga ini, khususnya apabila mereka ingin mengurangkan pengeluaran logam-logam utama mereka seperti keluli dan aluminium.

Harga makanan turut terkesan apabila cuaca buruk di negara pengeluar utama seperti Brazil dan Perancis menjejaskan hasil tanaman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: